selamat hari raya =)  

Friday 3 October 2008

raya pertama-tetamu pertama .. wink ^_~



dearest diary,

hari ini hari keempat hari raya
jemputan masih banyak belum dipenuhi
ish2
tak patut..
maaf, bukan tidak mahu menziarah
tetapi, waktu yg tidak mengizinkan.
ditambah dengan bilangan student melayu yg semakin ramai
bilangan tetamu juga meningkat.
aku akui,aku belum mampu lg mengenali junior.
junior tahun lepas dan tahun ni
hanya kenal muka tanpa tahu nama~
itu belum cukup untuk dinamakan ukhuwwah,bukan?
namun begitu, at least aku dan mereka saling menghormati dan bertegur sapa.
tak la bermasam muka apabila bertemu.


.MSD-amman 08.


.raya ketiga-open house akak senior.


um..
hari ini baru ku berkesempatan
untuk bersenang-senang dibilik sendiri
melihat2 gambar raya
yang pasti, aku semakin tembam selepas berakhirnya bulan ramadhan
huhu..tembam sgt..ish2 tak tau nape
mungkin tido dan makan dengan banyaknye..
nampaknye..lepas raya ni kene la aku berdiet.
tak suke melihat muke yg tembam ni.
dan aku pulak semakin cOmOt sekarang. gyabo #_#
sebabnye,aku tidak memakai tudung dengan betul.
tudung yang aku pakai sekarang semua jenis yg lembut2
so, susah nak shape.
nampaknya,kene bersiap lebih lama la sebelum keluar rumah..hehe

aku jua pilu dalam menyambut lebaran.. T_T
cOz orang2 malaysia sgt sibuk berhari raya
lantas melupakan aku disini
my adik,my cousins and my parents
my messages,tak berbalas
tp aku tetap bersyukur coz dapat mendengar suara mereka
pada pagi raya pertama malaysia...
aku rindukan mereka.aku sayang mereka.

p/s : maaf zahir batin seolah2 tak bermakna bila dilafazkan,ianya seperti ucapan biasa..
lagi bermakna " maafkan seme2 ye..kira kita kosong2 tau..selamat hari raya maaf zahir batin" - my friend said so,so do i~


..ada cerita tentang aku dan dia..





Salam lebaran..
ampunkan segala salah silap zahir dan batin..
xOxO
dengan ingatan tulus ikhlas:
NOR AMIRA SHAKIRA ABDUL HALIM
duar qubah,irbid,JOrdan '08

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ selamat hari raya =)

 

Design by Amanda @ Blogger Buster